Bahan organik memiliki peranan yang sangat penting di dalam tanah. Bahan organik juga merupakan salah satu faktor untuk kesihatan tanah. Tanah yang sihat memiliki kandungan bahan organik yang tinggi, sekitar 5%. Manakala tanah yang tidak sihat memiliki kandungan bahan organik yang rendah. Bahan organik sangat penting untuk menjamin produktiviti pertanian pada masa kini.
Bahan organik terdiri dari sisa-sisa tumbuhan atau haiwan yang telah reput atau diproses untuk kegunaan aktiviti pertanian.
Kelebihan baja organik kepada tanaman
1) Meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah.
Pertanian organik menggunakan
sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pertanian.
Sebagai contoh ialah, kaedah tanaman giliran. Tanaman giliran ialah proses
penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang
berlainan. Hal ini demikian kerana, tanaman pertama boleh mempengaruhi
kesuburan tanaman kedua. Jadi, kesuburan tanah bukan sahaja akan dapat
dikekalkan, malah akan lebih subur daripada sebelumnya. Oleh itu melalui kaedah
ini kita dapat melahirkan produk makanan yang sihat dan selamat kepada
masyarakat.
2) Penggunaan bahan organik akan menghasilkan makanan yang sihat dan bebas daripada bahan-bahan kimia.
Bahan organik akan membantu
pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa laman dan najis haiwan
ternakan secara biologikal. Hal ini kerana, proses pengitaran ini melibatkan
proses organisma yang tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun
masyarakat. Contohnya, najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada
tanaman. Dengan pengitaran ini, najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu
sahaja. Malahan ia tidak mengandungi sebarang unsur kimia yang boleh
memudaratkan kesihatan penguna. Oleh itu, pengitaran semula ini akan menjadikan
tanaman lebih berkualiti dan dapat mengelak daripada berlakunya pembaziran.
3) Antara kelebihan lain penggunaan baja
Organik :
Ø
100% penggunaan bahan organik (tinja haiwan ternakan )
Ø
Tidak berbau najis
Ø
Berkualiti dan memberi kesan yang baik kepada tanaman
Ø
Mudah didapati dan harga yang murah
Ø
Telah diguna pakai oleh negara -negara maju seperti Jepun
Ø
Sesuai untuk semua jenis tanaman
Ø
Menyediakan unsur mikroorganisma untuk pertumbuhan tanaman.
Ø
Tidak berbau dan mudah digunakan.
Ø
Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan
Microb dalam tanah.
Ø
Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
Ø
Tidak mengandungi bahan kimia.
Ø
Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan
secara berlebihan.
Ø
Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
Ø
Meningkatkan daya tahan tanah.
Ø
Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil
Conditioner"
Ø
Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
Ø
Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
Ø
Meningkat hasil tuaian sehingga 30%.
Kesan penggunaan
- Memperbaiki
kandungan pH tanah.
- Tanah
menjadi lembut, subur, tidak masam, akar baru pokok akan keluar, membebaskan
baja atau tanah yang tersangkut dalam tanah dan dapat di manafaatkan oleh
pokok.
- Pokok akan tumbuh lebih besar, subur, hidup lebih lama, hasil
lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun serangga.
- Memberi kebaikan jangkamasa panjang pada tanaman atau tanah.
Cara penggunaan
MENABUR (Ditabur terus di sebelah pokok dan disiram)
No comments:
Post a Comment