Saturday, 25 July 2015

HORTIKULTUR







Maksud Hortikultur
Dari bahasa Latin, hortikultur bermaksud, " Garden Cultivation", Hortus (Garden) dan Culture/colere (Cultivation)
 
 
4 Kategori utama
Pomology (Buah-buahan)
Olericulture (Sayuran)
Floriculture (Bunga-bungaan)
Landscape & Nursery industrial


Faktor-faktor menggalakkan perkembangan industri tanaman hiasan di Malaysia
-Dasar kerajaan (hasil pembangunan landskap yang berkualiti)
-Aktiviti landskap yang meningkat
-Lokasi Malaysia yang strategic (Negara tropika)- pengeluaran sepanjang tahun
-Peningkatan ekonomi-keperluan umum diperolehi
-Kedapatan pekerja- asing/tempatan
-Potensi pasaran yang cerah- tempatan/perayaan & antarabangsa
 
 
Masalah Industri tanaman hiasan di Malaysia
1. Kekurangan varieti baru
2. Kurang bahan tanaman
3. kekurangan teknologi tanaman hiasan
4. Ekonomi mendapatkan kawasan pengeluaran TBMU semakin meningkat
5. Sokongan infrastruktur kurang-postharvest
 
 
Klasifikasi tanaman hiasan
1) Pengelasan secara biologi - khas untuk saintis (taxonomist)
Contoh :-
: Khindom ------ Plant
: Division / phylum ------ Spermatophyta (seed plant)
: class -------- Angiospermae (seed in fruit)
: Sub class ------- Dicot
: Family ------ Solanaceae
: Genus ------- Lycopersicon
: Spesis ------ Lycopersicum
: Cultivar ------- 'Big boy'
 
 
2) Berdasarkan kitaran hidup tanaman
Tanaman semusim (Annual) - Bunga-bungaan yang disemai daripada benih. Contohnya adalah Catharanthus roseus dan omphrena globosa.

Tanaman 2 musim (Biennials) - dua musim mati. Dua fasa pertumbuhan- tanaman temperate
( Hymenocallis littoralis )
 
Perenmials (saka) - Hidup jangka masa panjang
 
3) Berdasarkan 'Hortikultur'
Pokok/pohon : Eugenia grandismimusops elengi
Pokok renek (scrub) : berbilang batang utama
Mussaenda spp, Murraya paniculata
Memanjat dan menjalar (vines & Creepers) - Antigonan leptopus
Mucuria benneti
Tanaman dalam pasu (potted plant)- jenis berbunga
Tanaman dalam bangunan (indoor plant)
Tumbuhan tumbuh dalam persekitaran berbeza tanaman dalam batas (breeding plant)- jenis semusim
Celosia,Okid, Petunia
Bunga keratan - Bunga kertas
Tumbuhan akuatik - Eichhornia crassipesNymphaea lotus

Hortikultur

ETIMOLOGI
 
Perkataan hortikultur diambil selepas pertanian, dan berasal dari perkataan Latin hortus yang memberi maksud kebun dan cultūra, iaitu penanaman, dari cultus, partisipel pasif lengkap untuk kata kerja colō, iaitu "Saya tanam". Hortus ialah kata seasal dengan perkataan bahasa Inggeris yard (laman) (dengan maksud kawasan berkaitan dengan bangunan) dan kata pinjaman garden (taman/kebun).
 

BIDANG KAJIAN

Hortikultur boleh dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan. Istilah digunakan untuk menerangkan pengkhususan ini terbit dari dahulu lagi berdasarkan penggunaan umum dan kadang-kala janggal dengan tatanama botani. Contohnya, sayuran dikelaskan sebagai tumbuhan herba dengan bahagian daripadanya dimakan mentah atau masak ketika hidangan. Buahan, untuk tujuan hortikultur, diterangkan sebagai tumbuhan yang lebih kurang seperti buahan sukulen atau ada kaitan dengan struktur botani selalunya dimakan sebagai pencuci mulut. Dengan definasi ini, tumbuhan seperti tomato, timun, dan labu dianggap sebagai sayur walaupun secara struktur botani ia dikelaskan sebagai buah.

Sejak 60 tahun kebelakangan ini, pertanian, termasuklah hortikultur, banyak bergantung kepada sains dan teknologi untuk mengekalkan keuntungan pengeluaran. Bidang kajian saintifik hortikultur terbahagi kepada pelbagai sub-disiplin.
 
Pomologi didefinasikan sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan buahan dan pokok. Pengeluaran buah termasuklah pokok buah; seperti epal, mangga, betik, dan oren, serta buah kecil; seperti strawberi, beri biru dan raspberi.
 
Olerikultur didefinasikan sebagai cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan sayur dan herba.

Florikultur pula ialah cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan tumbuhan di ladang atau rumah hijau untuk kegunaan bunga atau daunnya yang menarik.
 
Hortikultur persekitaran ialah cabang hortikultur berkaitan dengan penghasilan tumbuhan hiasan digunakan untuk persekitaran, sama ada dalam bangunan (indoor) atau luar bangunan (outdoor). Terdapat banyak ceraian untuk hortikultur persekitaran. Produksi nurseri melibatkan penanaman tumbuhan dengan pengurusan intensif untuk kegunaan di kawasan lain.
 
Hortikultur landskap melibatkan rekaan, pemasangan, dan penyelenggaraan persekitaran dalam dan luar bangunan. Hortikultur awam melibatkan rekaan dan penyelenggaraan arboretum, taman awam dan taman botani.

Hortikultur terapi melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur bagi meningkatkan keadaan kesihatan manusia sama ada fizikal, intelektual mahupun emosi. Ia juga melibatkan penggunaan tumbuhan di hospital dan tempat-tempat perubatan bagi mengurangkan kesakitan pesakit.
 
Hortikultur rumah melibatkan penggunaan tumbuhan hortikultur sebagai aktiviti rekreasi, secara umumnya oleh golongan bukan profesional seperti suri rumah.
 
 
TANAMAN HORTIKULTUR
 
Ia diterima umum oleh para penyelidik dan pendidik dalam bidang sains hortikultur bahawa tanaman hortikultur termasuklah:

-Pokok, pokok renek dan pokok buah menjalar saka.
-Pokok renek dan kekacang saka.
-Sayur-sayuran (akar, ubi, pucuk, batang, daun, buah dan bunga yang boleh dimakan       dan kebanyakkannya tumbuhan semusim).
-Dedaun, biji benih dan akar tumbuhan perubatan dan aromatic
-Bunga potong, pokok hiasan berpasu, dan tanaman batas.
-Pokok, pokok renek, turf dan rumput hiasan dibiakkan dan diusahakan di nurseri untuk kegunaan landskap atau pembukaan dusun buah atau pengeluaran tanaman lain.

Tuesday, 21 July 2015

Penggunaan Baja Organik Masa Kini


 Image result for bahan organik tinja



Bahan organik memiliki peranan yang sangat penting di dalam tanah. Bahan organik juga merupakan salah satu faktor untuk kesihatan tanah. Tanah yang sihat memiliki kandungan bahan organik yang tinggi, sekitar 5%. Manakala tanah yang tidak sihat memiliki kandungan bahan organik yang rendah. Bahan organik sangat penting untuk menjamin produktiviti pertanian pada masa kini.

Bahan organik terdiri dari sisa-sisa tumbuhan atau haiwan yang telah reput atau diproses untuk kegunaan aktiviti pertanian.


Kelebihan baja organik kepada tanaman 
1) Meningkatkan dan mengekalkan kesuburan tanah. 
Pertanian organik menggunakan sistem pertanian yang sistematik dan mengaplikasikan     pelbagai kaedah pertanian. Sebagai contoh ialah, kaedah tanaman giliran. Tanaman giliran ialah proses penanaman lebih dari satu jenis tanaman pada kawasan yang sama tetapi masa yang berlainan. Hal ini demikian kerana, tanaman pertama boleh mempengaruhi kesuburan tanaman kedua. Jadi, kesuburan tanah bukan sahaja akan dapat dikekalkan, malah akan lebih subur daripada sebelumnya. Oleh itu melalui kaedah ini kita dapat melahirkan produk makanan yang sihat dan selamat kepada masyarakat. 

2) Penggunaan bahan organik akan menghasilkan makanan yang sihat dan bebas daripada bahan-bahan kimia. 
Bahan organik akan membantu pengitaran semula sisa pertanian, sisa dapur, sisa laman dan najis haiwan ternakan secara biologikal. Hal ini kerana, proses pengitaran ini melibatkan proses organisma yang tidak memberikan impak negatif kepada tanaman mahupun masyarakat. Contohnya, najis lembu ternakan boleh dijadikan baja kompos kepada tanaman. Dengan pengitaran ini, najis lembu tadi tidaklah dibuang begitu sahaja. Malahan ia tidak mengandungi sebarang unsur kimia yang boleh memudaratkan kesihatan penguna. Oleh itu, pengitaran semula ini akan menjadikan tanaman lebih berkualiti dan dapat mengelak daripada berlakunya pembaziran.
 

3) Antara kelebihan lain penggunaan baja Organik  :
Ø  100% penggunaan bahan organik (tinja haiwan ternakan )
Ø  Tidak berbau najis
Ø  Berkualiti dan memberi kesan yang baik kepada tanaman 
Ø  Mudah didapati dan harga yang murah
Ø  Telah diguna pakai oleh negara -negara maju seperti Jepun
Ø  Sesuai untuk semua jenis tanaman
Ø  Menyediakan unsur mikroorganisma untuk pertumbuhan tanaman.
Ø  Tidak berbau dan mudah digunakan.
Ø  Tidak mengandungi zarah yang membahayakan kesihatan malah meningkatkan Microb dalam tanah.
Ø  Proses penghasilan baja yang 100% semulajadi.
Ø  Tidak mengandungi bahan kimia.
Ø  Selamat digunakan dan tidak membawa sebarang kesan apabila digunakan secara berlebihan.
Ø  Bebas daripada Parasit, Pathogen & Phytotoxin.
Ø  Meningkatkan daya tahan tanah.
Ø  Befungsi sebagai "Growth Stimulation" dan "Soil Conditioner"
Ø  Bebas dari benih rumput dan tanaman liar.
Ø  Membaiki tanah yang rosak hasil pengunaan baja kimia.
Ø  Meningkat hasil tuaian sehingga 30%.    

 


Kesan penggunaan
- Memperbaiki kandungan pH tanah.
- Tanah menjadi lembut, subur, tidak masam, akar baru pokok akan keluar, membebaskan baja atau tanah yang tersangkut dalam tanah dan dapat di manafaatkan oleh pokok.
- Pokok akan tumbuh lebih besar, subur, hidup lebih lama, hasil lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan racun serangga.
- Memberi kebaikan jangkamasa panjang pada tanaman atau tanah.
 
 
Cara penggunaan
MENABUR (Ditabur terus di sebelah pokok dan disiram)